Syarat-syarat untuk lawatan ke KarangkrafSyarat-syarat umum Waktu lawatan adalah dari hari Isnin hingga Khamis sahaja. Tiada sesi lawatan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum. Hanya akan ada dua sesi lawatan sahaja untuk setiap hari iaitu pada jam 9.00 pagi dan 2.30 petang. Setiap lawatan akan mengambil masa kira-kira tiga jam. Jumlah maksimum untuk setiap kumpulan lawatan adalah seramai 48 orang sahaja.Hanya lawatan berkumpulan sahaja yang akan diterima. Permohonan untuk lawatan individu tidak akan diterima. Bagi permohonan lawatan dari sekolah rendah, hanya pelajar tahap dua sahaja iaitu tahun 5 & 6 yang akan diterima. Pelajar Prasekolah, tahun satu, dua, tiga dan empat tidak dibenarkan. Prosedur untuk memohon membuat lawatan
Corporate Social Responsibility (CSR)
Atau Sila hubungi eksekutif kami di talian 03-51013888 (7550) atau talian telefon bimbit lawatan 019-620 3821 sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak kami selepas empat hari surat anda dipos ataupun selepas dua hari surat anda difaks atau diemelkan. Kami akan membalas surat permohonan anda beserta dengan itinerari lawatan, peta dan borang Survey Lawatan dan borang Maklumat Pelawat (Sila buat salinan fotostat untuk borang ini dan edarkan kepada setiap peserta lawatan dan diwajibkan mengisinya dan membawa bersama-sama ketika lawatan. Sila bawa bersama surat maklumbalas lawatan dan serahkan kepada pondok pengawal apabila sampai ke premis kami. Hanya kumpulan lawatan yang menyertakan surat jawapan daripada pihak kami sahaja yang akan dibenarkan masuk untuk lawatan. Alamat premis kami untuk lawatan adalah seperti berikut: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Lihat peta) |