Dua Beradik Sama Hebat
di Gelanggang Karate-Do 1. Bilakah Laila dan Haziq mula terlibat dalam bidang karate-do?
Kami mula terlibat dalam bidang ini seawal umur 6
2. Siapakah yang memperkenalkan?
Sebenarnya, pada peringkat awal, abang kami iaitu Nazirul Muqmin yang kini bersekolah di SMK Seksyen 9 Shah Alam dalam tingkatan 2,
yang mula-mula menceburkan diri dalam seni mempertahankan diri karate-do ini di sekolah kami iaitu SK TTDI Jaya, Shah Alam. Abang merupakan generasi pertama sebagai ahli pasukan karate-karatedo
di SK TTDI Jaya. Selepas itu, kami yang melihat pencapaian abang dan terus meminati bidang yang sama tetapi dalam generasi yang kedua.
3. Tempat latihan?
Lazimnya, kami akan berlatih di SK TTDI Jaya, Shah Alam. Manakala tempat latihan pusat pula terletak di Pusat Latihan Persatuan Hayashi-Ha Karate-Do, Segambut, Kuala Lumpur.
4. Jurulatih?
Jurulatih kami terdiri daripada K. Rajamurugan (sebagai jurulatih peringkat sekolah) dan juga N. P. Thennavan (yang merupakan jurulatih karate-do Remaja Kebangsaan).
5. Sesi latihan?
Untuk latihan wajib, kami menjalaninya pada setiap hari Ahad di dewan sekolah pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi di bawah bimbingan Jurulatih
K.Rajamurugan. Manakala latihan tambahan adalah pada hari Rabu dan Sabtu bermula 8.00 hingga 11.00 malam. Latihan ini diadakan di
Pusat Latihan Persatuan Hayashi-Ha Karete-Do, Segambut, Kuala Lumpur di bawah bimbingan N.P. Thennavan
Ikuti selanjutnya dalam ebaca April 2010
Siti Nur Rasyiqah Rosli
"Bercerita Menggembirakan Saya”
Mengasah Bakat Sejak Kecil Menurut Rasyiqah yang berbadan cilik ini, dia kini tidak lagi berasa debarannya untuk naik ke pentas. Ini adalah kerana sejak daripada tadika lagi dia sudah membiasakan diri menyertai pertandingan bercerita. Pilihan cerita ketika menyertai pertandingan adalah seperti kisah-kisah nasihat, kisah kemanusiaan dan kisah haiwan. Kebanyakan pilihan cerita dipilih bersama ibunya yang juga seorang guru di sekolah yang sama. Ibunya banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat bagi Rasyiqah untuk menyertai mana-mana pertandingan bercerita. Rasyiqah mudah untuk mengadakan latihan kerana jika dia terpaksa berlatih di sekolah, ibunya pasti akan menunggu sehingga dia tamat latihan. Jika tiada kesempatan berlatih di sekolah, Rasyiqah akan menghabiskan masa di rumah dengan membuat kerja sekolah dan berlatih di hadapan ibunya.
Jaga Suara Bagi peserta pertandingan bercerita, perkara yang paling penting adalah daripada segi penjagaan suara ataupun vokal. Oleh itu, setiap kali menghampiri pertandingan, Rasyiqah akan menjaga vokalnya dengan baik supaya intonasi penceritaannya juga baik. Untuk mengekalkan suara, Rasyiqah banyak meminum air masak dan tidak bercakap dalam nada yang kuat. Selain itu, Rasyiqah juga menjaga pemakanan sehariannya seperti tidak memakan sesuatu yang terlalu minyak. Selain menjaga suara, Rasyiqah turut menjaga kesihatan supaya dia tidak jatuh sakit jika menghadapi pertandingan.
Harapan Mendapat 5A Walaupun Rasyiqah baru sahaja berusia 11 tahun, namun segala persiapan bagi menghadapi UPSR telah dimulakan. Senang sahaja formula Rasyiqah untuk menghadapi UPSR. Selain menumpukan perhatian di dalam kelas, Rasyiqah juga mengulang kaji pelajaran di rumah dan menghadiri kelas tambahan bagi menguatkan daya ingatan. Selain itu, dia juga sering belajar bersama-sama rakannya yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Kadang kala, Rasyiqah juga cuba menjawab kertas soalan peperiksaan UPSR tahun-tahun terdahulu. Segala usaha yang Syafiqah lakukan adalah kerana dia berharap agar mendapat 5A dan keputusan itu akan membanggakan ibunya. Dia mahu ibunya yang juga idolanya berbangga dengan kejayaannya suatu hari nanti. Kerana itulah Rasyiqah mahu berusaha daripada sekarang. Ibunya banyak memberi sokongan dan dorongan dan itu membuatkan Rasyiqah menjadi lebih berkobar-kobar.
Kenali Siti Nur Rasyiqah Rosli dalam ebaca April 2010
SK TTDI Jaya
Meningkatkan Kemahiran Pelajar Daripada PrasekolahK Taman Megah
Amalkan Nilai 1 Malaysia
Apabila wartawan e-baca melangkah masuk sahaja ke perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) TTDI Jaya, Shah Alam, ruang perhimpunan yang luas terus menjadi tatapan mata. Malah dinding sekolah yang bercat kuning menjadikan sekolah tampak ceria. Ketika wartawan e-baca berkunjung ke sana, sekolah ini sedang sibuk mengadakan persiapan untuk mesyuarat penting yang akan berlangsung pada keesokan harinya. Namun, walaupun sibuk dengan persiapan, sesi pembelajaran tetap dijalankan dengan aman dan tenang. Begitulah suasana yang ceria di SK TTDI Jaya, Shah Alam.
Bermula daripada Prasekolah Dalam kawasan sekolah ini juga terdapat prasekolah. Kebanyakan pelajar prasekolah di sini akan terus melanjutkan pelajaran di SK TTDI Jaya apabila mereka memasuki tahun satu. Guru besar sekolah ini berpendapat, seseorang murid itu perlulah dibentuk daripada awal pembelajarannya. Oleh itu, mereka berhasrat untuk mempertingkatkan lagi kemahiran tenaga-tenaga pengajar di prasekolah ini. Prasekolah ini juga telah memenangi pelbagai jenis anugerah berhubung dengan sistem pengurusan mereka.
Sasar 90% dalam UPSR 2010 Sekolah TTDI Jaya ini mempunyai perancangan yang tersendiri untuk mempertingkatkan keputusan UPSR di sekolah mereka. Pada tahun 2010, perancangan mereka adalah untuk mendapatkan 90% bagi setiap subjek UPSR. Setakat ini empat mata pelajaran daripada lima mata pelajaran UPSR telah berjaya menjangkau 90% seperti yang telah disasarkan. Kini, hanya tinggal Bahasa Inggeris yang mendapat peratusan sebanyak 87% pada tahun lalu.
“Edible Landskap” Sekolah ini mempunyai kawasan “Edible Landskap” yang dibina bagi tujuan pembelajaran Sains dan juga Kemahiran Hidup. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan ditanam di dalam kawasan taman ini. Ada tanaman herba dan juga sayur-sayuran seperti lada, tomato dan terung. Menariknya, pada tahun lepas mereka mendapat hasil yang memberangsangkan daripada tanaman lada. Pada tahun ini, mereka telah mencuba untuk menanam pohon anggur. Ketika membuat tinjauan, wartawan e-baca telah menyaksikan sendiri pohon anggur yang sudah mula tumbuh melingkar. “Edible Landskap” ini telah berjaya menjadi tumpuan kerana menjadi Johan Landskap peringkat Daerah. Usaha ini pada mulanya adalah untuk menarik minat para pelajar dengan sesi pembelajaran yang diadakan di luar kelas. Walau bagaimanapun, nampaknya, usaha mereka ini telah menunjukkan hasil kerana kebanyakan tumbuhan telah ditanam sendiri oleh para pelajar.
Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan e-baca keluaran April 2010 di kedai yang berhampiran.