 |
Nur Nabila Azman Hisham - Gembira Diiktiraf Antara 20 Pemain Catur Termuda Dunia
Hari meniti hari adik Nur Nabila semakin giat meneruskan kejayaannya dalam permainan catur.Baru-baru ini adik Nur Nabila baru saja menjuarai pertandingan catur anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill di Kuala Lumpur. Mari kita ikuti kisah juara cilik ini.
Apakah perasaan adik Nabila apabila tersenarai antara 20 pemain catur dunia berusia bawah 10 tahun dalam kejohanan catur dunia yang berlangsung di Turki ketika itu?
Saya tidak dapat menggambarkan perkataan lain kecuali gembira dan bangga. Selain itu saya juga berasa amat bersyukur kerana berjaya tersenarai antara 20 pemain catur dunia sekali gus mengharumkan nama negara. Tetapi kegembiraan saya bukan hanya kerana saya tersenarai antara 20 pemain catur dunia berusia bawah 10 tahun akan tetapi saya turut mendapat pengalaman baru ketika itu. Saya berpeluang melancong ke negara yang saya tidak pernah jejaki malah merasai sendiri cuaca negara yang bermusim sejuk itu. Antara yang menjadi kenangan adalah apabila saya mendapat banyak rakan dan kenalan baru terutama peserta-peserta dari negara seberang iaitu Indonesia.
Kenali Nur Nabila Dalam ebaca Julai '09
|
|
 |
Ketua Pengawas Berwibawa - Nayli Nazira Hilmi
Nayli menjawat jawatan (post) ketua pengawas sekolah dan mempunyai jawatan dalam persatuan dan rumah sukan. Di samping itu, Nayli Nazira juga sering menyertai kem-kem dan mewakili sekolah dalam pelbagai acara. Tentu adik-adik tertanya-tanya bagaimanakah Nayli Nazira ini mengekalkan kecemerlangan dan bagaimanakah dia mengatur masa sambil menghitung hari dalam menghadapi UPSR.
Nayli Nazila mengamalkan prinsip hidup iaitu “belajar daripada kesilapan”, apabila kita gagal janganlah kita cepat berputus asa akan tetapi lihatlah apa kesalahan yang telah dilakukan dan cuba untuk mengatasinya. Nayli Nazira juga sangat berdisiplin mengatur jadual seharian, dia mengehadkan waktu beriadah dan lebih banyak mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir.
Bagi menyenangkan proses ulang kaji, Nayli Nazira biasanya menumpukan perhatian terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas supaya lebih cepat menerima sesuatu pelajaran.
Ikuti Selanjutnya dalam ebaca Julai '09
|
|