e-Kad Forum Kelab Maskulin Cine@Kraf Luahan MW My Kraf Nostalgia Raja Sehari Pencarian Cover Girl Nur Pencarian Dara.com TerunaDotDot Wallpaper Bolasepak
Arena Bolasepak Bacaria Bintang Kecil Dara.com Dapur Impiana e@siswa E-baca Fokus SPM g3 Impiana Klik Laman Impiana Libur Majalah PC Maskulin Media Hiburan Majalah I MIDI Mingguan Wanita Nona Nur Pa&Ma Pesona Pengantin Rapi Rasa Remaja Seri Dewi & Keluarga Yezz! Edisi Khas Alaf21 Buku Prima E-browse
Umum
Nostalgia Raja Sehari

Cannergy

Untitled Document
Girlfriends : Kamu teman sejati?

Apakah kamu selalu mendahulukan kepentingan kawan-kawan? Atau sebaliknya, kamu selalu ingin di nombor satukan ?

Ikuti kuiz di bawah ini untuk mengetahui jawapannya!

1. Kawan karib kamu minta ditemani ke doktor, sedangkan kamu sudah berjanji dengan kawan-kawan lain untuk menonton wayang. Reaksi kamu:
“Boleh aje, tapi saya akan hantar kamu selepas urusan saya selesai, ya?”
"Saya akan sampai ke sana secepat yang mungkin. Tunggu, ya?”
“Sorry lah. Memang tak dapat nak hantar. Apa-apa hal nanti, jangan lupa telefon.”


2. Kamu mulai berasa bosan dengan sikap kawan yang suka bercerita tentang kehidupan cintanya. Reaksi kamu:
Terus mengubah topik perbualan.
Berpura-pura tertarik untuk mendengarnya.
Mendengar dan mengangguk-angguk selama berjam-jam.


3. Berapa kerap kah kamu berusaha untuk mendorong kawan yang tidak mempunyai inisiatif untuk bertindak?
Selalu dan sememangnya kawan kamu itu memerlukan bantuan mu.
Cukuplah sekali. Waktu kamu terlalu berharga.
Beberapa kali. Apa salahnya membantu kalau memang diperlukan.


4. Kawan kamu mempunyai bentuk badan yang sempurna dan sering mendapat banyak pujian. Kamu:
Merasakan bahawa diri kamu juga patut bersenam.
Terus memujinya dan mengatakan bahawa dia tak ubah seperti seorang selebriti.
Berasa tertekan dan berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya.


5.Kamu dan kawan-kawan sama-sama cuba memikat seorang jejaka. Ternyata si dia mengajak kamu ber dating. Reaksi kamu:
Dah tentulah nak. Lagi pun bukan salah kalu jika si dia lebih menyukai mu daripada kawan-kawan lain. Jadi, kenapa mesti kamu rasa bersalah?
Tak naklah. Lagi pun, situasi ini boleh membuatkan persahabatan kamu menjadi tegang.
Mungkin, tetapi apa-apa hal pun kamu harus berbincang dengan kawan-kawan terlebih dahulu. Jikalau dia orang menyokong, kamu akan pergi. Kalau sebaliknya, kamu lebih rela menolaknya.


6. Seberapa kerap kamu meminjamkan barangan peribadi untuk kawan?
Selalu, bahkan kamu rela meminjamkan pakaian yang baru seminggu dibeli!
Kadang-kadang, bergantung pada keadaan.
Tak pernah, sebab kamu tidak suka meminjam dan tidak suka orang lain meminjam barangan kamu.


7. Ketika kamu dan teman bertegang urat. Kamu:
Mendengar pendapatnya dan berkompromi.
Menelan harga diri dan mengalah.
Melawan sampai kamu menang.


8. Kamu dan seorang kawan lepak di kafe. Di sana, sewaktu kamu ke bilik air sebentar, dia telah bertemu dengan seorang jejaka. Ketika kawan kamu menahan kamu untuk balik, kamu:
Memberikannya masa selama satu jam untuk bertukar-tukar nombor telefon dan sebagainya.
Memaksanya pulang. Tak sepatutnya dia melayan jejaka tersebut.
Nak buat macam mana, tunggu ajelah.


9. Menurut kamu, kenapa kawan-kawan kamu senang berkawan dengan kamu?
Ini adalah kerana kamu kerap memberikan mereka hadiah atau gemar membelanjai.
Kamu mempunyai hubungan yang baik.
Ini adalah kerana kamu adalah orang yang paling menyenangkan.


10. Selama ini, kawan kamu adalah seorang yang paling ceria dan cukup menghiburkan, tetapi sekarang dia mengalami tekanan kerana putus cinta. Ketika dia menelefon, kamu:
Membiarkan voice mail sahaja yang menerimanya.
Menyediakan waktu, khas untuk mendengar keluh-kesahnya itu.
Menyarankannya untuk bercuti bagi menenangkan fikiran supaya dia melupakan perkara tersebut.