| Walaupun wajah sudah berubah, Akil tidak pernah menyepikan diri daripada rakanrakan artis. Dia masih berkawan dengan mereka, cuma berbeza posisi. Jika dulu hanya sebagai penyanyi, kini beliau sebagai penyanyi yang juga pendakwah. Beliau dilahirkan dari keluarga alim. Dididik oleh arwah datuknya, Tuan Haji Daud bin Nordin ar-Rawi, seorang guru agama yang disegani di kampung mereka, Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Beliau juga menerima didikan agama daripada arwah bapanya, Haji Abdul Hai, seorang muwatif haji yang telah memimpin lebih 40 kali rombongan jemaah haji Malaysia mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci. Seterusnya
>>
|