ILUVISLAM.COM
Mendekati Islam dengan cara lebih interaktif
Selalunya orang membayangkan laman web keagamaan akan menjadi laman web yang serius, kurang menarik dan informasi hanya
fokus kepada soal-soal keagamaan semata-mata. Namun, ini amat-amat berbeza di iluvislam.com. Laman web yang dibina oleh
lima anak muda ini membolehkan orang ramai mendekati Islam dengan cara lebih interaktif dan menarik. Ia membawakan Islam
dari perspektif tempatan dan global serta diperkukuhkan lagi dengan isi kandungan berkualiti yang boleh dimanfaatkan orang
ramai.
Ada Apa Dengan Lensa?
Pelaburan Awal Terbaru Selain Kamera
Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Ada sesetengah orang merasakan bahawa kamera lebih penting lagi.
Ya, itu memang tidak dinafikan. Tanpa pemproses dan sensor imej yang baik, apalah sangat sesebuah kamera itu. Tetapi
satu lagi komponen utama yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan profesional
di luar sana yang menyatakan kita patut berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera, terutama bagi mereka yang merangka
bajet!
>> Seterusnya
\\ Multimedia
Transformers : Revenge Of The Fallen
Misi pertama dimulakan di Shanghai yang mana anda diberi pilihan beberapa Autobots atau Decepticons untuk dimainkan.
Anda boleh memilih sebarang watak Autobots seperti Ironhide dan setiap watak ada jalan cerita yang berbeza walaupun misinya
sama. Setiap robot ada keupayaan dan persenjataan tersendiri yang memberikan mereka kelebihan tertentu. Contohnya Ironhide
akan bermula dengan penerangan oleh Sarjan Epps dan seterusnya menggunakan senjata turretnya yang berkuasa untuk menembak
musuh. Ironhide akan melakukan transformasi dengan mudah dan lancar sekali.
Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Ada sesetengah orang merasakan bahawa kamera lebih penting lagi.
Ya, itu memang tidak dinafikan. Tanpa pemproses dan sensor imej yang baik, apalah sangat sesebuah kamera itu. Tetapi
satu lagi komponen utama yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan profesional
di luar sana yang menyatakan kita patut berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera, terutama bagi mereka yang merangka
bajet!
>> Seterusnya
\\ Fokus
10 Perkakasan Warna Dalam Talian
Warna memainkan peranan penting dalam rekabentuk sesebuah buku, bangunan dan juga majalah. Dengan itu penggunaan satu
perkakasan seperti Photoshop atau Illustrator tidak mencukupi untuk menampung idea yang banyak dalam fikiran. Dengan
itu anda boleh menggunakan perkakasan warna dalam talian ini untuk mendapatkan warna dan corak warna yang anda hendaki.
Terdapat banyak laman web yang mampu menjana palet warna yang menarik tetapi 10 yang tersenarai adalah yang terbaik dan
mudah digunakan. Selamat mencuba.