Muka Depan
Team e-@siswa
Langganan
Pengiklanan
Maklumbalas
[Fokus] [Kerjaya Pilihan] [Tokoh Ilmuwan] [Panduan @ Siswa] [Siswa]
Isu: 30 | Ogos 09




Salam E@Siswa
Siswa Cemerlang

Rachel, Vimell & Kok Soon
Buktikan Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum
Esiswa

Kali ini, giliran tiga pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah berlainan menerima Anugerah High Achievers daripada Brand’s. Ketiga-tiga pelajar ini sangat cemerlang di dalam akademik dan juga aktiviti kokurikulum. Ikuti petua dan harapan Rachel Law, Vimell Prasad dan Lee Kok Soon mengenai akademik, cita-cita dan sumbangan kepada negara.

Rachel hargai usaha Tunku Abdul Rahman

Sejak bila anda menggunakan produk Brand’s, dan dikenalkan oleh siapa?

Saya bermula menggunakan produk Brand’s apabila tiba peperiksaan PMR. Saya diperkenalkan kepada produk Brand’s semasa menghadiri sebuah seminar intensif di Pusat Tuisyen Kasturi. Saya mula merasakan keberkesanan yang positif apabila meminum Pati Ayam Brand’s dan meneruskannya sehingga kini.

Apakah kesannya kepada aktiviti seharian anda, Juga di dalam akademik?

Brand’s menjadikan saya lebih bertenaga dan bersemangat di dalam melakukan aktiviti seharian. Ia juga menjadikan otak saya lebih cerdas lalu membantu saya menyerap perkara-perkara yang sedang saya ulangkaji dengan lebih pantas.

Apabila terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Brand’s : High Achiever’s award, Apakah perasaan anda?

Saya berasa sangat gembira serta bangga kerana dipilih daripada begitu ramai peserta yang juga sangat cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Saya lebih terdorong untuk meningkatkan prestasi diri supaya dapat meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

Bagaimana rutin seharian anda?

Oleh sebab saya terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, rutin seharian saya amat sibuk dan jadual waktu saya sangat padat. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan setiap tugasan dengan sempurna. Saya juga tidak lupa untuk membahagikan masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran.

Selain akademik, Apakah aktiviti kokurikulum yang anda ceburi?

Saya terlibat di dalam Kelab Leo sekolah saya. Saya memegang jawatan sebagai Setiausaha kelab. Jawatan ini telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari pelbagai perkara yang tidak dapat saya pelajari dalam kelas. Selain itu, saya juga aktif dalam aktiviti Pengakap. Saya merupakan Bendahari pasukan Pengakap sekolah. Saya diamanahkan untuk mengutip yuran serta bayaran lain. Aktiviti Pengakap seperti perkhemahan sangat menyeronokkan dan menarik minat saya.



Ikuti kisah selanjutnya dalam e@siswa Sept 2010