Sempadan Kelantan catat angka
kematian tertinggi ‘mati katak’
MENGIKUT statistik kematian akibat Aids
untuk tahun 2007 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), sebanyak 305 kematian dicatatkan di negeri yang bersempadan
Kelantan dan diikuti Johor dengan 197 kematian. Manakala Selangor
dengan 173 kematian.
Kelantan tertinggi mati angkara Aids
MENGIKUT statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian
akibat Aids untuk tahun 2007 di negeri bersempadan iaitu di Kelantan
adalah 305 kes, diikuti Johor dengan 197 kematian. Manakala Selangor
pula 173 kematian. Jumlah yang menghidap HIV/Aids di tiga buah negeri
itu juga tertinggi bagi tahun yang sama.
Selangor mencatat-kan jumlah tertinggi penghidap baru dengan 897
kes diikuti Kelantan dengan 722 kes dan Johor 719 kes. Berdasarkan
statistik untuk penghidap baru HIV/Aids ini, dua negeri yang bersempadan
itu mencatatkan angka tertinggi dan ada peningkatan walaupun kes
baru untuk tahun 2007 menunjukkan penurunan berbanding 2006. Kes
baru pada tahun 2007 adalah 5,679 kes berbanding 7,672 kes tahun
2006.
Ini menunjuk-kan badan NGO seperti MAC berjaya menjalankan strategi
menyedarkan orang ramai. Ia berbeza sekitar 80-an dahulu apabila
kes HIV/Aids terlalu asing pada pendengaran kita. Pada tahun 1986,
hanya empat orang sahaja dikesan penghidap HIV/Aids. Namun pada
hari ini, jumlahnya semakin meningkat mencecah ribuan kes.
Sehingga 2007, lebih 80,000 kes dikesan sekali gus membangkitkan
kebimbangan akan stigma masyarakat terhadapnya masih rendah. Bangsa
Melayu mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV/Aids dari 1986
hingga 2007 iaitu 58,267 kes dan menyaksikan 7,986 kematian. Diikuti
Cina dengan 11,886 kes dan India 6,532 kes.
Manakala jumlah kematian masing-masing adalah 3,656 dan 1,068 kematian.
Golongan kelompok umur 30-39 tahun pula mencatatkan angka tertinggi
dengan 34,770 kes. Diikuti kelompok umur 20–29 tahun iaitu 27,955
kes manakala 40-49 tahun pula 12,580 kes.
Jangan salahkan negara sempadan, salahkan diri sendiri
TIDAK dinafikan aktiviti penagihan dadah menjadi punca utama kes
HIV/AIDS di negara ini. Menurut Presiden, Majlis Aids Malaysia (MAC),
Profesor Dr. Adeeba Kamarul-zaman, statistik menunjukkan kes HIV
melonjak di negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Selangor memandangkan
aktiviti penagihan dadah begitu aktif di negeri terbabit.
“Kebanyakan kes di negeri-negeri itu adalah kerana perkongsian jarum
di kalangan penagih dadah. Disebabkan kurangnya ilmu tentang kesan
daripada perbuatan itu, mereka bebas berkongsi jarum tanpa mengetahui
tentang risiko dijangkiti AIDS,” katanya. Biarpun negeri-negeri
terbabit berjiran dengan Thailand dan Singapura, namun tidak boleh
menyalahkan seratus peratus negara jiran memandangkan ramai yang
mengandaikan bekalan dadah dan khidmat seks mudah diperoleh dari
sana.
“Selepas 20 tahun wabak ini bersarang di Malaysia, kita tidak boleh
lagi menyalahkan negara jiran. Ramai yang tahu transmisi melalui
hubungan seks yang tidak selamat dan berkongsi jarum adalah punca
utama namun golongan itu masih mencari, jadi tak boleh nak salahkan
sesiapa,” katanya.
|