Versi Digital

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Jangan biarkan ketahanan tubuh kita tidak seimbang

Semenjak sudah pandai menggunakan kemudahan internet (termasuk Facebook), saya pun sudah mengenal istilah Yahoo Messenger atau lazimnya disebut YM. Di pejabat kami memanggilnya toyol. Tetapi baru-baru ini dalam satu ceramah kesihatan yang saya hadiri, sekali lagi saya diperkenalkan dengan istilah Messenger.

Kali ini bukan mengenai Yahoo sebaliknya ialah tentang Messenger Molecule, yang didatangkan ke dalam sejenis suplemen untuk kesihatan yang disebut Transfer Factor.

Saya teruja untuk berkongsi mengenai maklumat ini dengan pembaca kerana saya yakin tidak semua orang tahu bahawa faktor ketahanan tubuh kitalah yang akan mencorakkan prestasi kesihatan kita.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh penceramah hari itu iaitu Dr. Tamilselvam, sebenarnya untuk mengekang serangan pelbagai penyakit ketahanan tubuh kita mestilah berada pada tahap yang seimbang bukannya terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Pakar imun tubuh turut memberikan maklumat bahawa beberapa jenis penyakit yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan sistem imun ialah seperti kanser, kencing manis, asma, sakit jantung, gout, migrain, stres dan banyak lagi.

Jadi apakah kaitannya Messenger Molecule yang bernama Transfer Factor ini dengan apa yang saya sedang perkatakan? Saya difahamkan bahawa Transfer Factor ialah molekul penghantar yang sangat kecil yang menyalurkan kecerdikan imun lalu mengajar sel imun untuk mengenal, bertindak dan mengingat potensi ancaman penyakit. Dalam erti kata lain, dengan pengambilan suplemen mengandungi Transfer Factor sistem imun tubuh kita akan terjamin bukan sahaja untuk jangka masa pendek bahkan
jangka panjang.

Pada saya, dalam situasi di mana gejala penyakit kronik kian mudah menyerang, sebaiknya kita menyertakan suplemen antioksidan, anti bakteria, anti kanser dan seumpamanya dalam rutin pemakanan seharian. Selain itu seperti yang disarankan pakar pemakanan kurangkan pengambilan daging merah, manakala ambil buah-buahan yang berbeza setiap hari untuk menjamin kesihatan.

Yang penting jangan biarkan ketahanan tubuh kita tidak seimbang.

Beralih kepada tema RASA untuk kali ini, ditampilkan pelbagai resipi daripada restoran-restoran berkonsep yang popular dalam kalangan kita. Konsep restoran kopitiam, tomyam, Jepun dan tidak lain tidak bukan menu all time favourite dari restoran mamak boleh dicuba di dapur sendiri.

BIDALAN:
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Maksudnya: Jika ada wang, ilmu dan kemahiran semua kerja akan
menjadi mudah.

SECANGKIR KATA,
Yati Rohani Rahim
Editor Pengurusan Kanan RASA
yati.rahim@karangkraf.com.my

JUJUR, TANGGUNG JAWAB, WAWASAN, DISIPLIN, BEKERJASAMA, ADIL, PRIHATIN