Anda boleh muat turun Fotografix di sini
 
\\ Dunia IT
Kad SIM Khas Untuk Jemaah Haji Malaysia

Meskipun musim Haji telah berlalu, namun usaha Maxis Berhad menawarkan SIM kad khas dari Saudi Telecom Company (STC) yang membolehkan para jemaah membuat atau menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Arab Saudi pada kadar tempatan harus diberi perhatian. Kad SIM ini dimuatkan dengan kredit prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dan menawarkan masa bercakap percuma selama 40 minit. Dengan bantuan daripada pihak Tabung Haji, kad SIM ini telah diagihkan secara percuma kepada jemaah Haji di beberapa lokasi balai berlepas dengan jumlah keseluruhannya mencecah 17,000 SIM kad khas STC kepada jemaah Haji Malaysia. Pelanggan pasca bayar Maxis pula dapat menikmati diskaun sebanyak 30% untuk panggilan perantauan ke Malaysia. Tawaran yang sah dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2011 ini turut menawarkan kepada pelanggan pasca bayar perantauan Maxis menikmati perantauan data tanpa had untuk RM48 sehari.


>> Seterusnya


\\ Mahir IT
MEMFORMAT SEMULA PEMACU KERAS LUARAN


Anda mungkin telah mencuba sistem operasi (OS) Parted Magic untuk menghapuskan data dalam pemacu keras. Kini, anda boleh mencuba fungsi lain seperti memformat kembali pemacu keras luaran kepada format yang diingini. Bagi melaksanakan operasi ini, anda boleh mencipta sebuah LiveCD dari fail versi terbaharunya; Parted Magic 6.7

>> Seterusnya


\\ Multimedia
WRC2


Permainan rasmi WRC kembali, dikemas kini sepenuhnya dengan kandungan Kejohanan Rasmi 2011 dan beberapa kandungan serta mod permainan baru. Ia menyediakan keseronokan memandu dengan melakukan drif, loncatan dan juga beberapa kemalangan pasti berlaku.


>> Seterusnya


\\ Info IT
WAJIB DIMILIKI – IDEA TECH 2012
NANTIKAN LEDAKAN TEKNOLOGI TERBARU YANG BAKAL MENGOCAKKAN ADRENALINA.

Sepanjang tahun 2011, pengikut dunia teknologi telah disajikan dengan deretan persaingan pelbagai jenama telefon pintar, perisian, tablet, perkakasan, kamera, monitor, komputer dan peranti-peranti lain yang sentiasa mengocakkan adrenalina untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi. Seakan sudah menjadi trend, perkembangan teknologi memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada negara-negara kuasa besar penginovasi teknologi dunia, malah tempiasnya turut dirasai di Malaysia. Dunia benar-benar seakan di hujung jari tanpa batasan sempadan.

>> Seterusnya


\\ Fokus

5 Idea Gajet Mengikut Personaliti Anda


Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza-beza dari segi pilihan gajet. Bukan semata harga yang menjadi ukuran, tetapi kegunaan dan fungsinya juga menjadi faktor utama yang sering dititik-beratkan dalam permilihan peranti kegemaran.

Perkembangan teknologi menyaksikan lambakan peranti-peranti canggih yang mampu membuatkan anda teruja. Tetapi adakah keperluan setiap individu sama?

 

>> Seterusnya

 





Karangkraf  | Korporat  | Langganan  | Pengiklanan  | Kerjaya  | Syarat  | Hubungi Kami  | Sinar Harian  |