:: Kulit Majalah Terbaru ::
















Semarak Kehijauan Semulajadi

Suasana kemesraan dan kehijauan jelas terasa tatkala masuk ke hotel ini. Mana tidaknya, selain dikelilingi oleh landskap taman tropika, hotel yang dipenuhi dengan kehijauan alam semula jadi ini merupakan hotel pertama yang telah mendapat pengiktirafan oleh Asean Tourism Board pada tahun 2008. Apa yang paling menariknya ialah hotel ini mengamalkan empat prinsip iaitu Reduce, reuse, Recycle dan Rethink yang sangat mementingkan kehidupan alam semula jadi demi menjaga alam sejagat. Terdapat banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan di resort ini, di antaranya ialah kedai cenderamata, bilik mesyuarat, pengangkutan ke lapangan terbang, perkhidmatan tour desk, aktiviti sukan air, kemudahan di dalam bilik seperti kemudahan membuat kopi, minibar, IDD di semua bilik dan banyak lagi. Setiap bilik yang terdapat di sini pula ditampilkan dengan reka bentuk yang elegan dan mewah menjadi identiti hotel ini.
Mengintip Enggang Gunung Raya

Gunung Mat Raya merupakan puncak tertinggi di Pulau Langkawi. Di sebalik kepesatan dan pembangunan di sekitarnya, terdapat banyak sejarah yang masih belum diketahui oleh pengunjung yang datang ke sini. Menurut kisah legenda, Mat Chinchang dan Mat Raya adalah di antara keluarga gergasi yang tinggal di Pulau Langkawi. Disebabkan saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk muka bumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Legenda mereka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.



Menyusuri Kedamaian Tasik Raban

Alam merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Keindahan panorama serta kehijauan pemandangan yang dapat dilihat terasa begitu menenangkan jiwa dan fikiran yang bercelaru. Resort Tasik Raban menawarkan ilham alam semulajadi yang masih terpelihara keasliannya. Keindahan hadir untuk dinikmati oleh mereka yang cintakan suasana kehijauan alam dan menjadi syurga kaki pancing. Suntikan Panorama Tasik Raban Tasik Raban asalnya adalah sebahagian daripada Tasik Chenderoh, iaitu salah satu daripada empat tasik yang terdapat di Hulu Perak. Tasik yang mendapat nama daripada kampung tempatan yang terletak berhampirannya, sering menjadi tumpuan dan kunjungan ramai dengan suntikan pemandangan yang indah. Resort Tasik Raban yang terletak di Daerah Hulu Perak mampu menjadi lokasi ideal kepada pencinta alam dan juga mereka yang ingin melarikan diri sebentar dari kesibukan kota.


Gigih Semarakkan Bumi Hijau

“Don’t go where the path leads, rather go where there’s no path and leave a trail“ adalah kata-kata semangat yang sentiasa dipegang oleh seorang insan gigih bagi ruangan tamu Libur kali ini. Di lahirkan pada tahun 1956, Anthony Wong, Pengarah Urusan Kumpulan, Asian Overland Services Tours & Travel Sdn. Bhd yang juga pemilik The Fragipani Hotels & Resorts Sdn. Bhd. Kerana minat dan kesungguhan yang mendalam kepada aktiviti luar dan alam semula jadi, beliau sanggup menyahut cabaran untuk menubuhkan Asian Overland Services Tours & Travel (AOS) pada tahun 1976 bersama rakannya sebelum menerajui secara solo sehinggalah sekarang. AOS banyak memfokuskan aktiviti berunsurkan alam semula jadi, pembelajaran, Experiential Learning and Special Interest and Incentive Tours.

 
Nostalgia Raja Sehari

Hakcipta Terpelihara © Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd