Asalnya kediaman ini merupakan kediaman terbiar yang dilelong. Namun, kaca mata seorang arkitek serta pengalaman dalam profesion seni bina di sebuah firma arkitek; Visage Architect selama 10 tahun menjadikan nadi dekorasi kediaman unit teres dua tingkat ini sangat teratur dengan perencanaan segmen ruangan yang begitu praktikal dan cosy.