Bercerita mengenai sukan pilihan, saya sebenarnya sangat aktif di dalam sukan taekwando. Walaupun usia saya baru 10 tahun, namun saya adalah pemegang tali pinggang hitam dan saya pernah memenangi pingat emas bagi sukan taekwando semasa Majlis Sukan Daerah (MSSD ) tidak lama dahulu. Tidak hanya aktif menyertai taekwando, saya juga sebenarnya aktif sebagai atlet olahraga di sekolah. Selain untuk kekal sihat dan cerdas, bersukan ini juga akan lebih merangsang minda saya untuk belajar lebih tekun lagi. |