http://www.majalah.iluvislam.com/
Versi Digital
 





   
 


Virus HIV melekat pada sperma


Hasil kajian terbaru mendedahkan sperma mampu menyebarkan virus HIV yang membawa kepada penyakit AIDS, malah memainkan peranan utama dalam proses tersebut. Menurut ketua penyelidik dari Universiti Buenos Aires di Argentina, Ana ceballos, penemuan terbaru itu sekali gus menukar perspektif saintis sebelum ini yang mendapati pada golongan lelaki yang dijangkiti HIV, hanya air maninya, iaitu cecair pengangkut sperma yang menjadi agen penyebar HIV.




Insomnia kurangkan selera makan

Mereka yang menghadapi masalah gangguan tidur merembeskan 30 peratus lebih rendah hormon ‘ghrelin’ yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan kawalan selera makan. Penemuan yang dilaporkan dalam ‘Psychoneuroendocrinology’, membuktikan bahawa hormon tersebut berkait secara spesifik dengan metabolisme tenaga dan selera makan boleh dipengaruhi tidur yang sedikit, menurut Dr. Sarosh J.Motivala, dari Universiti California Los Angeles. Insomnia adalah perkara biasa dalam kalangan mereka yang kehilangan insan tersayang.




Panduan Membeli Kasut Senaman


Belilah kasut sukan pada waktu tengahari kerana waktu ini saiz kaki anda berada pada tahap yang paling maksium. Pakailah stoking yang sering anda kenakan semasa bersenam waktu mencuba kasut ini. Cuba kasut tersebut pada kedua-dua belah kaki kerana saiz kaki manusia lazimnya berbeza antara keduanya. Periksa ruang untuk jari kaki anda yang paling panjang. Pastikan ia mudah untuk digerak-gerakkan. Jika anda wanita dan mempunyai tapak kaki yang lebar, cubalah kasut lelaki. Potongannya lebih lebar.