http://www.majalah.iluvislam.com/
   

 




Santapan Rohani
Cara 'ikat' suami yang tak lekat di rumah

Banyak isteri merungut, kononnya suami mereka jarang lekat di rumah. Dalam sehari payah betul hendak melihat muka suami, apa tah lagi hendak berbual mesra.

Rumah bagaikan tempat persinggahan bagi suami dan dia nyata lebih senang berada di luar daripada bersama anda di rumah. Tambah membuat sakit hati, anda dibiarkan sendirian memikul tanggung jawab rumah tangga. Ini membuatkan anda makan hati menahan perasaan. Puas sudah anda mencari-cari salah dan silap sehingga menyebabkan suami tak lekat di rumah. Anda juga berasa cemburu apabila melihat suami jiran atau saudara mara lain sentiasa di sisi isteri tercinta. Kalaulah suami anda juga begitu! Jangan cepat menuding jari dan hanya menyalahkan suami. Apa kata, sebagai langkah pertama, mari sama-sama selidiki diri sendiri. Selidik sikap dan diri anda sebagai isteri. Apakah anda sendiri yang menjadi penyebab suami tidak lekat di rumah? Mari sama-sama kita lihat saranan MIDI yang boleh anda lakukan sepenuh hati, insya-Allah suami bukan sahaja akan sentiasa ada di samping anda, tetapi juga melupakan hal-hal di luar yang menggamit dirinya!

Luang waktu untuk berdua-duaan

Bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila masa anda lebih banyak dihabiskan dengan anak dan cucu sehingga suami berasa terabai dan cemburu dengan anak dan cucu sendiri. Ingatlah biar berapa usia anda dan suami, atau sudah berapa
lama anda berkahwin, anda tetap perlukan masa untuk berdua-duaan. Ajaklah suami keluar berdua-duaan seperti suatu ketika dahulu. Jika dia menolak, pujuklah dia dan katakan anda teringin untuk mengimbau nostalgia zaman bercinta dahulu. Pasti dia tidak sanggup menolak permintaan tulus anda itu.


Rumah tangga terurus

Menguruskan rumah tangga dengan baik adalah tanggung jawab anda sebagai isteri. Oleh itu sentiasa pastikan rumah tangga diurus dengan baik terutama apabila suami berada di rumah. Ingatlah, rumah yang tidak terurus sering dijadikan alasan oleh suami untuk keluar rumah!

Jangan cepat curiga

Andai suami balik lewat atau sikapnya tiba-tiba berubah, jangan cepat mencurigainya atau menuduh dia ada ‘orang lain’. Sebaiknya selidiki dulu dan tanyakan dengan baik. Jika anda tidak puas hati dengan jawapannya, apa kata anda turut serta dengan aktiviti luarnya bagi memastikan suami tidak berbohong!




Artikel penuh di dalam MIDI edisi 1 Sept 2010