Aktiviti PLM
Gelanggang hijau uji ketangkasan


Tidak lengkap rasanya jika tidak menguji sejauh mana ketangkasan dan kebolehan para finalis Pencarian Lelaki Maskulin 06/07 dalam menggelecek bola di gelanggang. Selain itu, kami juga mahu menguji sejauh mana semangat setiakawan di antara mereka dalam berpasukan. Itu memang penting!

Dengan kerjasama Sports Planet Sunway yang menaja gelanggang futsal, para finalis dibahagikan kepada empat pasukan di mana setiap satu pasukan memiliki enam pemain. Malah t-shirt mereka pada hari itu ditaja oleh Everlast yang memang cantik. Dua orang pengadil semi-profesional kami pada hari tersebut ialah Leezard dan Ajib yang memang strict mengadili perlawanan.






Finalis PLM bersama artis berentap di medan Xtion Paintball


Kini tiba masanya untuk menguji ketangkasan, kecekapan dan ketahanan mental serta fizikal 24 finalis Pencarian Lelaki Maskulin edisi kedua untuk sesi 2006/07. Adakah mereka benar-benar aktif dan terserlah kemachoan mereka apabila beradu tenaga bertempur di medan peperangan Paintball? Inilah ujian daripada MASKULIN.

Lihat aksi mereka seterusnya di dalam MASKULIN edisi Mei 2007.