|
Kod QR Faktor masa menjadi aspek penting dalam penginovasi teknologi. Oleh sebab itu Kod QR yang dahulunya banyak digunakan dalam industri automatif, hari ini memberikan suatu cara mudah menyimpan maklumat untuk dibaca pada telefon pintar atau peranti pembaca Kod QR lain telah menjadi kegilaan yang semakin dituntut. Menerusi kod QR, anda boleh melakukan banyak perkara yang difikirkan. Sebagai contoh menerusi kod ini, anda boleh menghantar pesanan rahsia kepada penerima; anda boleh menyediakan pautan ke muka peminat Facebook anda; anda boleh menyediakan pautan ke laman web atau blog anda serta banyak lagi. Malah pin BBM untuk pengguna BlackBerry juga boleh ditukarkan dalam bentuk kod QR yang tentunya lebih menarik dan hebahan pin untuk menambah rakan boleh dibuat dengan hanya memaparkan kod ini di laman sosial dan sebagainya. Semua ini boleh dilakukan menerusi sebuah kod Keupayaan pengimbas juga penting dan kita beruntung kerana kemajuan dalam pembangunan aplikasi peranti tangan juga membolehkan perkara ini dinikmati. Pengguna telefon pintar sama ada Android, iOS, Windows Phone dan sebagainya boleh memasang aplikasi pengimbas kod QR yang ditawarkan secara percuma pada telefon mereka. Setiap kali melihat kod QR, ia boleh diimbas untuk melihat mesej di sebaliknya. Selanjutnya dapatkan Majalah PC Disember 2011 |