Bayangkan kita baling batu dikalangan orang ramai dan terkena pada seseorang. Jika ditanya adakah mereka mempunyai Friendster, jawapannya adalah ya. Apakah kaitan antara batu dan Friendster? Tiada, cuma hendak memberi perumpamaan tentang bilangan pengguna Friendster yang semakin meningkat dengan hampir semua individu kita kenali berdaftar dengannya atau paling tidak pernah mendengar tentang Friendster.
>> Seterusnya
\\ Mahir IT
Aplikasi RSS sokong jaringan sosial?
Sejak cerita pertama berkaitan suapan (feed) RSS (Really Simple Syndication) disiarkan dalam majalah ini, ramai yang masih ragu dan tidak kurang juga yang ingin tahu. Namun, apabila beberapa cerita lanjut datang menyusul, keraguan itu hilang dan kekeliruan menjadi jelas. Malah, ada juga yang teruja untuk mengetahui potensinya untuk menyampaikan maklumat terkini yang diselitkan iklan. Potensi sedemikian tidak mustahil kerana RSS kini memudahkan bukan sahaja pengguna internet yang statik tetapi juga yang sering bergerak.
>> Seterusnya
\\ Multimedia
Portal : teka-teki pilihan anda
Portal tidak banyak mekanisma permainan dan ia hanya menumpu kepada beberapa keupayaan untuk melepai rintangan yang ada. Anda ada sebuah pistul graviti untuk menembak musuh. Terdapat dua portal untuk anda pilih – satu berwarna jingga dan satu lagi biru – tiada sebarang perbezaan dari segi kepayahan antara keduanya. Anda boleh menggunakan portal itu untuk menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain. >> Seterusnya
\\ Info IT
10 Ramalan Ancaman Serangan 2008
Masih belum terlewat untuk membuat ramalan tentang ancaman komputer yang bakal berlaku tahun ini. Richard Stiennon, Ketua Pegawai Pemasaran Fortinet menerusi artikelnya menjelaskan bahawa, meskipun kecurian talian bukan perkara baru, namun penjenayah siber sedang mencari jalan untuk mendapatkan keuntungan besar berbilion ringgit menerusi cubaan sofistikated Internet. Dengan keuntungan di depan mata, pendekatan serangan adalah semakin licik dan jumlah mangsa juga semakin meningkat.
>> Seterusnya
\\ Fokus
10 Tip Penjagaan Kamera Digital
Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. >> Seterusnya