Bacaria : Suara generasi baru

 


Muka Depanteam EditorialLanggan Bacaria!PengiklananMaklum Balas

Nostalgia Raja Sehari
MUKA DEPAN

Peningkatan kes cerai membimbangkan
56 cerai sehari

Pelbagai punca perceraian termasuk ‘cerai main-main’ Cerai kerana lapar Suami naik berang kerana isteri masak makanan yang tidak kena dengan seleranya. Akibat terlalu marah, suami tersebut bertindak menceraikan isterinya. Apabila perut dah kenyang, si suami minta untuk rujuk semula.

DALAM sehari, 56 kes perceraian berlaku di Malaysia dan sebanyak 359 berlangsung berdasarkan kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2007.

Jumlah perceraian sepanjang tahun lalu adalah 20,529 manakala perkahwinan pula 131,086, kedua-duanya meningkat berbanding 2006. Manakala bagi tahun ini, data yang diambil dari Januari sehingga Jun menunjukkan perceraian sebanyak 9,765. Trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia semakin tahun semakin meningkat dan keadaan itu amat membimbangkan.

Tambahan pula perceraian sudah merangkumi angka melebihi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan setiap tahun. “Kes perceraian memang semakin tahun nampak semakin meningkat. Dalam masa yang sama juga jumlah pernikahan juga meningkat. Kita melihat kes perceraian ini berlaku dalam banyak punca. Ada lebih 200 punca yang menyebabkan perceraian berlaku.

“Antara punca besarnya adalah masalah kefahaman, komunikasi, orang ketiga, masalah seks, kurangnya pengetahuan dan penghayatan agama, penagih dadah serta tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian KESUMA (Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid), Ustazah Zawiyah Hassan ketika dihubungi. Zawiyah juga menjelaskan bahawa ada kebimbangan mengenai trend perceraian yang berlaku di kalangan pasangan yang baru berkahwin yang dilihat merupakan peratusan tertinggi yang bercerai.

“Kita bimbang apabila pasangan yang baru berkahwin dalam kategori satu hingga lima tahun menunjukkan angka yang tinggi. Ia semakin berkurangan bagi pasangan yang sudah berkahwin dari tempoh lima hingga 10 tahun, 11 hingga 15 tahun dan seterusnya. “Antara sebab yang saya lihat, pasangan ini nampak begitu serasi, bertolak ansur, sayang menyayangi ketika pada mula-mula bercinta dulu. Tapi perasaan dan kelakuan itu tidak pula diteruskan setelah mereka sudah berkahwin,” kata Zawiyah.

Percintaan sebelum perkahwinan bukan jaminan perkahwinan mampu bertahan ke akhir hayat. Bagi Zawiyah, dalam usaha memastikan perkahwinan itu kekal sepertiyang diimpikan setiap insan, pasangan perlu memahami peranan dantanggungjawab masing-masing selain mempertingkatkan ilmu agama.

“Perkahwinan ini melibatkan dua jantina yang berbeza, dua perasaan yang berbeza, cara kehidupan dan pelbagai lagi yang berbeza. Sebab itu, pasangan perlulah banyak bersabar, bertoleransi dan memahami sebaik mungkin pasangannya itu,” katanya lagi..












 

Hakcipta Terpelihara
Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.
© 2007 - All Right Reserved by Karangkraf.com